Monday 18 November 2013

Minat


Assalamualaikum
 

Hai uolss ..lama jugak aku mendiamkan diri daripada alam berblog ini.mana tak nya asal nak berblog banyak bebenor dugaan yang datang bertumbi -tumbi kekadang rasa macam nak stop je berblog ni bila pikir balik rugi kalau stop berblog ..Dunia blog ni banyak latih dri aku untuk baiki skill penulisan aku ..then kekadang blog ni dah jadi macam kawan aku banyak masa aku habiskan untuk edit then cari idea nak improve kan blog ni..mungkn minat aku kat dunia penulisan blog ni belum strong kut or aku just follow orang untuk berblog...Bak kata orang kalau setakat buat tapi tak minat susah jugak..minat juga lah buat diri kita lebih berusaha nak perbaiki sesuatu perkara right..insyallah slowly aku akan tetapkan diri aku untuk terus menulis walaupun busy dengan dunia cewah kalah kebusyaan PM aku ni..anyway thank be patient with me so keep calm and waitng my next entry ok ..















p/s..entry  kali ni ringkas betterkan daripada terus tak menuls kan =)

Sunday 15 September 2013

Baik atau Biasa-biasa je

Finally aku dapat menghadap lappy untuk berblog .sekian lama aku meningalkan alam maya ni buat seketika.ok straight foward tak payak berkias-kias lagi untuk menjimatkan tenaga hahhah..Apa pandangan korang tentang perbezaan kawan baik dan kawan  biasa..Normally orang akan cakap kawan baik ni selalu akan jadi soulmate kita and kawan biasa ni sekadar kawan yang kita bergelak ketawa tapi takkan berkongsi rahsia..bagi aku statement macam nie kadang-kadang betul jugak adakala salah jugak .Kawan baik kadang-kadang boleh jadi musuh dalam selimut mana taknya kalau semua rahsia kita ceriter kat dia .Bagi aku bila berkawan tak kisahlah kawan macam mana pun ada cerita yang kita boleh kongsi ada juga yang perlu kita diam dan pendam sendiri.Memang ikut psikologi kalau kita nak tenang kita kena bercerita and luahkan kat rakan kita tetapi kekadang benda yang patut jadi rahsia tu yang boleh jadi tak rahsia bila kita luahkan.Bukan maksud aku ,kita  tak boleh percaya rakan kita sendiri tetapi sebagai langkah terbaik baik kita jangan selalu cerita rahsia and jalan  yang better kita patut pilih bila nak luahkan perasaan ialah time kita bersujud masa tu segala kesedihan ,kemarahan dan kekosongan yang kita rasai boleh telerai bila kita sujud pada Pencipta kita sendiri then segala luahan kita rasai tu menjadi rahsia antara kita dengan Maha pencipta .Tiada keraguan yang kita akan takut sebabnya rahsia tu tak akan terbongkar dan Allah s.w.t sendiri akan lindung dan jaga aib kita  insyallah dengan izinya.Mungkin segala kesakitan yang kita alami Allah s.w.t akan menghadiahkan sebuah kemanisan sebagai tanda Allah s.w.t sayang akan makhluknya walaupun kekadang kita sendiri lupa dan akan ingat pada-NYA bila kita susah itu bukti Allah s.w.t sayang dan pemurah .Setengah orang kata life tak bermakna kalau tak ada kawan .it true but sometimes we need be lonely person..rakan baik dia akan sentiasa bantu dan mengigatkan kita bila kita hanyut or tersesat bukanya sama-sama sesat.Insyallah kita berpeluang berkawan dengan orang yang selayaknya menjadi rakan baik kita so kita perlu hargai rakan yang sedia ada mungkin di antara banyak-banyak rakan kita pasti ada yang menghargai kita atau mempergunakan diri kita sendiri untuik kepetingan mereka sendiri.Don't worry if you respect your relationship with your friend insyallah your friend can appereciate what you done with them..





Saturday 13 July 2013

JADUAL Ramadhan

Assalamualaikum and salam ramadhan buat semua..fuhh bulan puasa kali nie memang mencabar betul buat aku mana taknya first time puasa sendirian..huhuhu semua buat bersendirian well terpaksa lah kita buat sendiri kalau nak maju hahahha..First day puasa tak terasa sangat mana taknya jadual kuliah padat bebenor tak de masa nak imagine pizza,murtabak,air kelapa,nasi ayam  hahaha imaginasi terlalu tinggi..Bak kata sir aku puasa kali nie kita kena banyak bersabar walaupun penat macamana kena usaha cari ilmu..fikir balik apa sir aku cakap betul jugak sampai bila kita nak jadi lemah =)




                                           fuhhh sabor je (*credit to my sis for this pic*)


Part waktu kuliah memang sabor je nak menunggu petang nak balik bilik..katil asyik memanggil je hahaha..Blok yang aku stay meme jauh sangat tu lah pasal aku balik petang je tengahari memang lepak kat blok klazmate terpaksa menebalkan muka lepak kat  blok klazmate..nasib baik klazmate sekepala thank you sesangat bra bro ..
Sampai je bilik terus menuju ke katil then terpandang kain dalam bakul huahuahua bertimbun terpaksa lupakan hasrat nak cruise atas katil ..pi bilik air tengok bilik air dah jadi port berpesta mana taknya semua jiran bilik aku membasuh basuh basuh baju yang tak pernah surut huhuhu..after berpesta sakan aktiviti sidai menyidai pulak memandangkan bulan puasa so ramai yang akan menyidai baju dengan gaya superman tak de gosip-gosip pi sidai lepastu terus naik bilik and landing atas katil buatan jerman hahaha..

lepas bercruise seketika barulah buat aktiviti wajib macam mandi ,solat asar then aktiviti membaca sementara nak menunggu waktu yang sesuai membeli makanan nak berbuka..first day puasa memang semangat keluar dengan klazmate pergi bazar ramadhan..mak oii jauhnya nak menyampai ke bazar meme sabor je..Time berbuka memang berbuka seorang diri roomate buzy teringat parents pulak bila berbuka sorang sorang tetiba terdengar lagu raya hahaha..malam pulak kena hadir pusat islam alhamdulilah event tu memang wajib untuk budak yang stay asrama so event yang dianjurkan tu memang ramai yang hadir and sape yang cuti tu just duduk kat cafe dengan non muslim.

Memang bulan puasa kali nie terpaksa tempuh dengan sabar (baru 4 hari puasa dah macam sebulan gaya aku citer)hahahah..overall aku happy bila aku ada pengalaman macam nie .. happy ramadhan for all muslim ..ingat ramadhan sekali setahun so chill babe..

Wednesday 5 June 2013

Permainan dulu kala

Wah tajuk entri aku kali nie permainan dulu kala..Kalau pergi sekolah mesti main kalau tak main tak sah bagi kitaorang..Zaman aku sekolah aku dulu rare lah budak yang ada PSP semua pakat main permainan yang mudah dapat je..kalau perempuan paling koman bawa barbie doll tu pun sape yang mampu ..Budak sekarang main mesti yang berkelas gitu macam Gaia online takpun menghadap FB .


LAWAN PEMADAM

 Permainan yang memerlukan pemadam sahaja dan skill lawan yang gempak.permainan ni boleh main berpasangan or berkumpulan siapa yang kalah pemadam dia kena ambil a.k.a rampas .Masa tu pemadam nie dalam 10 sen sahaja..Akak yang jaga kedai buku tu pun dah  kenal muka budak-budak yang selalu beli pemadam salah satunya aku bhahaha mana taknya baru main dah kalah pastu selamba je lawan aku ambil pemadam tu haishh..Budak perempuan kebanyakkan tak nak involve main sekali kononnya sayang pemadam padahal takut kalah..Pengalaman aku main permainan ni memang seronok masa tu memang kita kenal sikap kawan kita dan masa tu juga kita ada pengalaman  kena marah dengan parents pasal pi  perhabis duit belanja sekolah..


                                                    selalu pemadam nie ada gambar bendera




ROUNDERS (TUJU SELIPAR)

   Permainan paling sadis dan menyakitkan mana taknya kalau masa nie nak balas dendam pun boleh  just baling je selipar kat muka kawan hahahha  .Nak main rounders kena berkumpulan tak kisahlah berapa ramai tapi mesti berkumpulan sebabnya nanti dia kan bahagikan kepada dua kumpulan..satu kumpulan kena jaga kubu and lagi satu group mesti musnahkan kubu..Kubu nie bukannya kubu pertahanan yang askar bina tu nie kubu yang dibuat daripada selipar mesti korang bina macam bentuk pyramid.Then pasukan lawan  kena baling selipar untuk musnahkan kubu.Masa aku dulu aku main dengan sepupu selalunya time raya masa nie lah banyak selipar yang  best ..Then ambil selipar siapa yang datang rumah nenek aku main puas-puas pastu letak balik selipar tetamu bila dengar diorang nak balik.Mesti ada kes selipar tertukar or salah letak mana tak nya kelam kabut takut kena marah punya pasal..Satu je pesanan aku kalau nak main wajib pakai selipar tak kisah lah selipar jepun pun tapi jangan sesekali korang guna HIGH HEELS nie memang cari penyakit and sakit....



                                                      amacam berani nak kena baling dengan nie


MAIN TIANG 

   Selalu tiang kat sekolah jadi mangsa.Main tiang ni memang seronok contohnya kalau ada 6 batang tiang permain dia mesti kena ada 7 orang sebabnya seorang daripadanya kena berebut tiang dengan 6 orang yang jaga tiang tu.Kiranya permainan nie nak uji siapa cepat dia dapat ..Dulu aku ketagih juga main ni lepas kena marah dengan cikgu insaf sekejap.Main tiang nie normal lah menjerit-jerit kalau tak jerit memang tak sah so enjoy lah main tiang nie jangan gunakan tiang buat tarian tiang sudah ..




  
  

Wednesday 15 May 2013

jawapan CIKGU



Kata pelajar :

siapa cikgu
cikgu hanya cikgu tak layak menegur kami,
tak layak memarahi kami,
tak layak memukul kami,
tak layak bercakap mengenai kami ,
cikgu dibayar gaji bukan untuk menegur kami tapi mengajar kami,
Kenapa nak sambut hari cikgu setiap tahun??
cikgu nak hadiah mahal ke??,
cikgu suka mintak duit kami je???
Buat aktiviti yang semua kami tak minat tak,pun semua aktiviti nak DUIT,
cikgu memang tugas mereka bagi kami dapat A dalam exam ,
kalau kami tak pandai semua salah cikgu tak reti mengajar
membosankan kami  ...

Kata ibu bapa

siapa cikgu
cikgu hanya cikgu ,
tak layak naik tangan terhadap anak kami,
tak layak mengajar kami bagaimana mendidik anak kami,
memang tugas mereka mendidik anak kami
memastikan mereka dapat A dalam exam,
tanggungjawab mereka untuk memastikan apa yang diajar menarik minat anak kami,
Buat aktiviti semua nak duit tak pernah pikir bagaimana kami nak dapat duit,
setiap tahun buat hari guru tapi prestasi tak pernah meningkat


Kata orang awan

siapa cikgu
cikgu asyik minta cuti lebih je,
mintak bonus sana sini ,
naik bonus tapi tak pernah naikkan prestasi pelajar,
kerja cikgu nie pilihan terakhir je,
cikgu senang kerjanya mengajar dan mendidik tak seperti kami ,
sikap pelajar sekarang teruk sebab cikgu tak pandai didik pelajar,
sambutan hari guru mesti dapat hadiah daripada pelajar ,
tengok untungnya cikgu dapat macam-macam

semua orang layak bercakap apa pun tentang cikgu ..pernah tak sekali kita berfikir setiap jawapan bagi  setiap soalan yang kita bercakap...

Kata kami sebagai cikgu

siapa kami
kami memang tak layak menegur kamu pelajar kerana kami tiada pertalian darah dengan kamu buat apa kami menegur kamu tetapi jika kami tidak menegur kamu adakah kamu layak dianggil manusia yang berguna,
memang kami tidak layak memukul kamu tapi pernahkah kamu pikir setiap pukulan itulah  cara kami mendidik kamu menjadi manusia berakhlak,
memang kami dibayar gaji untuk mendidik kamu tetapi kami berpegang amanah yang berat untuk membentuk kamu

memang tanggungjawab kami menarik minat pelajar tetapi jika pelajar tersebut memilih untuk menolak apa yang diajar kami bagaimana kami mahu membantu mereka lagi
Bila kami naik tangan memukul mereka ,ibu bapa datang menyerang kami sedangkan kami ingin mengajar mereka pernahkah ibubapa memikirkan perasaan kami bila kami dipermainkan oeleh anak kamu..
kami hanya meminta duit untuk membuat aktiviti yang bermanfaat kerana sekarang setiap perkara memerlukan duit daripada siapa yang mahu kami minta .

Salah ke cikgu meminta sedikit bonus untuk kepuasan diri kami
setiap hari kami menjerit dan memekik untuk memastikan pelajar mendegar apa yang dikata kami
Bila kami meminta cuti lebih ramai yang mempertikaikan
pernahkah terfikir cikgu juga  dipaksa ,ditekan dan dimarahi bila prestasi pelajar merundum
cikgu juga perlukan ketenangan tapi bagaimana cara mendapat ketenangan jika kami tidak meminta cuti.

mungkin  kerjaya cikgu pilihan terakhir kerana kerjaya cikgu tidak sehebat doktor,jurutera dan menteri
tetapi kami percaya tugas cikgu  ini merupakan salah satu amanah berat yang diberi kepada kami..kerana kami bakal mndidik dan membentuk seorang doktor yang berhati mulia,seorang jurutera yang amanah dan membentuk seorang menteri yang berjiwa rakyat..

KAMI TIDAK PERLU HADIAH MEWAH,SAMBUTAN BESAR-BESARAN SEMPENA HARI GURU
APA YANG KAMI MAHU IALAH HORMATI LAH KAMI ,HARGAILAH KAMI
KERANA KAMI JUGA MANUSIA ..

                             

Sunday 28 April 2013

Cantik natural



           KAK TON COMELKAN ,COMEL SANGAT..iklan yang paling kreatif dan comel sekali hahahah..
Entri  kali tak ada kena mengena aku nak promote produk kak ton.just nak share cara nak jadi cantik secara natural..(saya bukan ahli produk kak ton ok)


       Cantik bukan sahaja meliputi luaran tapi dalaman .kalau cantik dekat luaran pun tak guna juga kalau dalaman tak dijaga.Dalaman seperti hati yang bersih,jiwa dan perlakuan yang sopan juga merupakan kecantikkan dalaman yang begitu penting.


Budak nie memang comel 




Senang sahaja nak kelihatan cantik jangan terlalu obses nak cantik ..biarlah kita cantik yang semulajadi "Natural Beauty"..3 tips yang aku nak bagi cara nak mencantikkan diri kita  secara natural beauty ..

1.JAGA FIRST IMPRESSION 

    First impressiom daripada orang lain tu begitu penting ..kalau cara percakapan or pakaian korang mula -mula langsung tidak melambangkan muka yang cantik ala-ala k-pop tu buat apa..Well memang lah orang cakap jangan menilai dari luaran tapi pandangan pertama daripada seseorang  tu begitu penting sekali..

So untuk kelihatan sempurna walaupun sedikit di hadapan orang yang melihat pastikan percakapan dan gaya dress up begitu SOPAN  erk...jangan biarkan diri kita kelihatan seperti orang yang tidak mempunyai perasaan kemaluan..Tak semestinya pakaian yang branded tu nampak sopan ada je aku tengok makin branded makin terlebih terbukak adalah..Beli pakaian tu di mana mana sahaja sama je tak payah nak show off sangat baju tu lama-lama jadi kain buruk jugak..kita akan kelihatan cantik secara natural jika kita pandai menjaga first impression daripada orang lain..





2.JADI SESEORANG YANG PEMBERSIH DAN WANGI

Sesorang yang pembersih adalah seorang yang suka akan kecantikkan.Betul ke ??it's true  babe.kebersihan itu satu amalan yang baik dan wajib diamalkan oleh setiap individu .korang nak ke jadi manusia yang pengotor then dipenuhi dengan segala kekotoran setiap waktu,masa,minit,saat dan setiap detikkkk.Eurkk aku rasa semua tak mampu nak jadi macam tu melainkan korang mengalami masalah hidung yang tahap kritikal tersumbat..(hidung tersumbat gunakan tiger bam k)..






Bagi isu bau ni sensetif sikit,kalau boleh bagi perempuan dan lelaki  pastikkan tudung,pakaian and kasut yang korang pakai tu tiada bau yang masam or hapak ..uolls pun tahu setengah manusia kalau balik daripada satu aktiviti susah nak gantung tudung, pakaian,kasut tu  then peram or berlonggok je atas meja,sofa atau kat mana-mana tempat sampai berbau benda alah tu.Haishh bau yang dikelurkan sangat menusuk kalbu bagi orang yang terrrrrbau sampaikan orang disekeliling korang menjadi mangsa sesak nafas..


Sentiasa memakai bau-bauan yang wangi kalau boleh pakai minyak wangi yang halal senang nak bawa solat nanti tak ada pulak alasan susah nak solat..Bagi perempuan jangan memakai winyak wangi terlalu kuat sampaikan kalau korang lalu pak cik guard boleh bau then dia pun teruja merasai nikmat bau wangian tu haram uolls..Pakai sedikit setakat korang boleh bau je tak payah nak over sangat ..Kalau gatal sangat nak pakai yang bau kuat sangat  kahwin cepat boleh pakai sampai berbotol-botol sampai suami pun terlebih teruja dapat perhala free daripada dosa free..



KALAU WAJAH CANTIK OR COMEL TAK GUNA JUGA KALAU TAK JAGA KEBERSIHAN







3.SENTIASA SENYUM   =)


Pastikan setiap pagi korang amalkan amalan ini ,sentiasa senyum walaupun korang menghadapi berbagai ombak yang melanda(masalah)..senyuman kalau boleh jangan dipaksa-paksa biarlah ikhlas uolls..tak perlu nak beli alat bantuan khas yang nak bantu korang tersenyum just imagine perkara yang sweet bukannya perkara blues ok..


                                                       senyum membuat kita kelihatan manis

kalau korang amalkan amalan ini pahala pun dapat mana tahu tengah duduk tersenyum tu ada orang terjatuh hati tengok kecomelan senyuman korang inilah peluang yang terbaik bagi yang bujang sahaja ..Siapa yang sudah berkahwin pun kena selalu senyum depan pasangan jangan nak masam je barulah sweet dan tak adalah kes pasangan cari lain pulak..Bagi students juga sentiasa senyum walaupun lecturer bagi assigment just smile then say thank you dekat lecturer .kenapa aku suruh korang buat macam tu first lecturer korang mesti pikir apa yang dah jadi dengan student mereka then mereka akan jadi lebih baik hati berbanding hari-hari sebelumnya..tak percaya cuba buat..

           SENTIASA SENYUM KERANA SENYUMAN KITA AKAN LEBIH  KELIHATAN COMEL TANPA MEMAKAI PRODUK !!!!                                                              


Thursday 11 April 2013

Lasagna melayu

Fuhhh..lama nya aku tak menaip entri baru sampai berhabuk blog aku nie menunggu tuannya menulis entri blog..so untuk mengembirakan hati aku dan pembaca, aku nak menulis mengenai makanan favourite aku ....



                                       

LASAGNA (google)
            


Lasagna bukan laksa na ok .sempena kepulangan kakak aku yang tercinta aku sanggup menyumbangkan sepenuh tenaga untuk memasakkan makanan favourite aku dia..Then aku pun mencari resepi dengan gaya ala-ala peserta masterchef dengan mengsurf google dan mengkaji buku resepi yang diciplak untuk membuat lasagna.Finally aku berjaya mencipta lasagna melayu yang memudahkan dan menpati ciri-ciri lidah orang melayu seperti aku kakak aku.



BAHAN-BAHAN

Bawang kisar 
Cili kisar
oregano (hiasan)


Daging kisar



Sos spaghetti

Tak kisahlah jenis sos ape yang korang nak letak tapi family aku memang prefer sos kimball 



mozzarella cheese dan lasagna 



Cara-cara memasak inti

First sekali korang kena buat inti untuk lasagna .Tumiskan bawang dan cili yang dikisar bersama-sama di dalam kuali then korang masukkan daging kisar mengikut kemahuan korang .pastikan daging tersebut tidak hancur untuk memastikan daging tidak hancur masukkan sedikit air selepas beberapa saat masukkan sos spaghetti kacau and letakkan  garam secukup rasa..



Pastikan bahagian dalam bekas pembakar tersebut disapukana minyak yang sedikit untuk mengelakkan lasagna tesebut melekat pada bekas pembakar karang melekat susah habis hancur!!!!


susun lasagna di dalam bekas pembakar .letakkan inti yang telah dimasak di atas lasagna dan letakkan mozzarella cheese selepas itu ulang kembali dengan meletakan lasagna,inti,mozzarella cheese sehingga penuh bekas pembakar tersebut seperti gambar di atas ataupun kalau korang
nak tinggi KLCC pun boleh..



yang korang tengok kaler hijau atas tu itulah oregano.Tak nak letak oregano pun tak pe ..

masukkan ke dalam oven dan tunggu lebih kurang 30-35 minit untuk masak..sejukkan lasagna tersebut terlebih dahulu sebelum korang melantak ..jangan biarkan terlalu sejuk nanti kurang sedap kalau boleh biarlah warm gitu


Dah masak!!!
then
-

-


-

-

-



-

Ehem-ehem

-


-



-


TARAAAAA




lasagna yang aku buat untuk kakak aku..yummy