Sunday 28 April 2013

Cantik natural



           KAK TON COMELKAN ,COMEL SANGAT..iklan yang paling kreatif dan comel sekali hahahah..
Entri  kali tak ada kena mengena aku nak promote produk kak ton.just nak share cara nak jadi cantik secara natural..(saya bukan ahli produk kak ton ok)


       Cantik bukan sahaja meliputi luaran tapi dalaman .kalau cantik dekat luaran pun tak guna juga kalau dalaman tak dijaga.Dalaman seperti hati yang bersih,jiwa dan perlakuan yang sopan juga merupakan kecantikkan dalaman yang begitu penting.


Budak nie memang comel 




Senang sahaja nak kelihatan cantik jangan terlalu obses nak cantik ..biarlah kita cantik yang semulajadi "Natural Beauty"..3 tips yang aku nak bagi cara nak mencantikkan diri kita  secara natural beauty ..

1.JAGA FIRST IMPRESSION 

    First impressiom daripada orang lain tu begitu penting ..kalau cara percakapan or pakaian korang mula -mula langsung tidak melambangkan muka yang cantik ala-ala k-pop tu buat apa..Well memang lah orang cakap jangan menilai dari luaran tapi pandangan pertama daripada seseorang  tu begitu penting sekali..

So untuk kelihatan sempurna walaupun sedikit di hadapan orang yang melihat pastikan percakapan dan gaya dress up begitu SOPAN  erk...jangan biarkan diri kita kelihatan seperti orang yang tidak mempunyai perasaan kemaluan..Tak semestinya pakaian yang branded tu nampak sopan ada je aku tengok makin branded makin terlebih terbukak adalah..Beli pakaian tu di mana mana sahaja sama je tak payah nak show off sangat baju tu lama-lama jadi kain buruk jugak..kita akan kelihatan cantik secara natural jika kita pandai menjaga first impression daripada orang lain..





2.JADI SESEORANG YANG PEMBERSIH DAN WANGI

Sesorang yang pembersih adalah seorang yang suka akan kecantikkan.Betul ke ??it's true  babe.kebersihan itu satu amalan yang baik dan wajib diamalkan oleh setiap individu .korang nak ke jadi manusia yang pengotor then dipenuhi dengan segala kekotoran setiap waktu,masa,minit,saat dan setiap detikkkk.Eurkk aku rasa semua tak mampu nak jadi macam tu melainkan korang mengalami masalah hidung yang tahap kritikal tersumbat..(hidung tersumbat gunakan tiger bam k)..






Bagi isu bau ni sensetif sikit,kalau boleh bagi perempuan dan lelaki  pastikkan tudung,pakaian and kasut yang korang pakai tu tiada bau yang masam or hapak ..uolls pun tahu setengah manusia kalau balik daripada satu aktiviti susah nak gantung tudung, pakaian,kasut tu  then peram or berlonggok je atas meja,sofa atau kat mana-mana tempat sampai berbau benda alah tu.Haishh bau yang dikelurkan sangat menusuk kalbu bagi orang yang terrrrrbau sampaikan orang disekeliling korang menjadi mangsa sesak nafas..


Sentiasa memakai bau-bauan yang wangi kalau boleh pakai minyak wangi yang halal senang nak bawa solat nanti tak ada pulak alasan susah nak solat..Bagi perempuan jangan memakai winyak wangi terlalu kuat sampaikan kalau korang lalu pak cik guard boleh bau then dia pun teruja merasai nikmat bau wangian tu haram uolls..Pakai sedikit setakat korang boleh bau je tak payah nak over sangat ..Kalau gatal sangat nak pakai yang bau kuat sangat  kahwin cepat boleh pakai sampai berbotol-botol sampai suami pun terlebih teruja dapat perhala free daripada dosa free..



KALAU WAJAH CANTIK OR COMEL TAK GUNA JUGA KALAU TAK JAGA KEBERSIHAN







3.SENTIASA SENYUM   =)


Pastikan setiap pagi korang amalkan amalan ini ,sentiasa senyum walaupun korang menghadapi berbagai ombak yang melanda(masalah)..senyuman kalau boleh jangan dipaksa-paksa biarlah ikhlas uolls..tak perlu nak beli alat bantuan khas yang nak bantu korang tersenyum just imagine perkara yang sweet bukannya perkara blues ok..


                                                       senyum membuat kita kelihatan manis

kalau korang amalkan amalan ini pahala pun dapat mana tahu tengah duduk tersenyum tu ada orang terjatuh hati tengok kecomelan senyuman korang inilah peluang yang terbaik bagi yang bujang sahaja ..Siapa yang sudah berkahwin pun kena selalu senyum depan pasangan jangan nak masam je barulah sweet dan tak adalah kes pasangan cari lain pulak..Bagi students juga sentiasa senyum walaupun lecturer bagi assigment just smile then say thank you dekat lecturer .kenapa aku suruh korang buat macam tu first lecturer korang mesti pikir apa yang dah jadi dengan student mereka then mereka akan jadi lebih baik hati berbanding hari-hari sebelumnya..tak percaya cuba buat..

           SENTIASA SENYUM KERANA SENYUMAN KITA AKAN LEBIH  KELIHATAN COMEL TANPA MEMAKAI PRODUK !!!!