LASAGNA (google)
Lasagna bukan laksa na ok .sempena kepulangan kakak aku yang tercinta aku sanggup menyumbangkan sepenuh tenaga untuk memasakkan makanan favourite aku dia..Then aku pun mencari resepi dengan gaya ala-ala peserta masterchef dengan mengsurf google dan mengkaji buku resepi yang diciplak untuk membuat lasagna.Finally aku berjaya mencipta lasagna melayu yang memudahkan dan menpati ciri-ciri lidah orang melayu seperti aku kakak aku.
BAHAN-BAHAN
Bawang kisar
Cili kisar
oregano (hiasan)
Daging kisar
Sos spaghetti
Tak kisahlah jenis sos ape yang korang nak letak tapi family aku memang prefer sos kimball
mozzarella cheese dan lasagna
Cara-cara memasak inti
First sekali korang kena buat inti untuk lasagna .Tumiskan bawang dan cili yang dikisar bersama-sama di dalam kuali then korang masukkan daging kisar mengikut kemahuan korang .pastikan daging tersebut tidak hancur untuk memastikan daging tidak hancur masukkan sedikit air selepas beberapa saat masukkan sos spaghetti kacau and letakkan garam secukup rasa..
Pastikan bahagian dalam bekas pembakar tersebut disapukana minyak yang sedikit untuk mengelakkan lasagna tesebut melekat pada bekas pembakar karang melekat susah habis hancur!!!!
susun lasagna di dalam bekas pembakar .letakkan inti yang telah dimasak di atas lasagna dan letakkan mozzarella cheese selepas itu ulang kembali dengan meletakan lasagna,inti,mozzarella cheese sehingga penuh bekas pembakar tersebut seperti gambar di atas ataupun kalau korang
nak tinggi KLCC pun boleh..
yang korang tengok kaler hijau atas tu itulah oregano.Tak nak letak oregano pun tak pe ..
masukkan ke dalam oven dan tunggu lebih kurang 30-35 minit untuk masak..sejukkan lasagna tersebut terlebih dahulu sebelum korang melantak ..jangan biarkan terlalu sejuk nanti kurang sedap kalau boleh biarlah warm gitu
Dah masak!!!
then
-
-
-
-
-
-
Ehem-ehem
-
-
-
TARAAAAA
lasagna yang aku buat untuk kakak aku..yummy






