Sunday 17 March 2013

usaha dalam kegelapan

cahaya dalam kegelapan memberi impak terhadap kehidupan ku
cahaya yang aku cari selama ini tidak hadir begitu sahaja
kegelapan yang aku geruni hadir secara tiba-tiba
Aku terlalu mengharapkan akan hadirnya cahaya daripada-Nya
setiap detik aku mengharap kehadiran cahaya untuk membantu aku keluar daripada kegelapanku sendiri
tapi apa yang aku nantikan selama ini tidak hadir
bayang-bayang yang selama ini menjadi penemanku hilang dengan pelahan-lahan

Tiada istilah usaha dalam kehidupan ku selama ini sehingga menyebabkan aku terlalu mengharapkan sesuatu tanpa usaha ku sendiri.
tanpa ku sedar bahawa aku memerlukan usaha untuk aku keluar daripada kegelapanku untuk mencari ruang cahaya
sikapku yang terlalu mengharap menyebabkan aku lemas dalam kegelapan yang aku geruni walaupun aku mampu untuk mengatasi perasaan takut terhadap kegelapanku
tidak terlambat untuk aku mengatasi ketakutanku ini mungkin aku memerlukan sedikit sokongan dan dorongan untuk aku berusaha melawan perasaan gerun ini dan mencari cahaya yang aku inginkan dengan usahaku sendiri...