Wednesday 15 May 2013

jawapan CIKGU



Kata pelajar :

siapa cikgu
cikgu hanya cikgu tak layak menegur kami,
tak layak memarahi kami,
tak layak memukul kami,
tak layak bercakap mengenai kami ,
cikgu dibayar gaji bukan untuk menegur kami tapi mengajar kami,
Kenapa nak sambut hari cikgu setiap tahun??
cikgu nak hadiah mahal ke??,
cikgu suka mintak duit kami je???
Buat aktiviti yang semua kami tak minat tak,pun semua aktiviti nak DUIT,
cikgu memang tugas mereka bagi kami dapat A dalam exam ,
kalau kami tak pandai semua salah cikgu tak reti mengajar
membosankan kami  ...

Kata ibu bapa

siapa cikgu
cikgu hanya cikgu ,
tak layak naik tangan terhadap anak kami,
tak layak mengajar kami bagaimana mendidik anak kami,
memang tugas mereka mendidik anak kami
memastikan mereka dapat A dalam exam,
tanggungjawab mereka untuk memastikan apa yang diajar menarik minat anak kami,
Buat aktiviti semua nak duit tak pernah pikir bagaimana kami nak dapat duit,
setiap tahun buat hari guru tapi prestasi tak pernah meningkat


Kata orang awan

siapa cikgu
cikgu asyik minta cuti lebih je,
mintak bonus sana sini ,
naik bonus tapi tak pernah naikkan prestasi pelajar,
kerja cikgu nie pilihan terakhir je,
cikgu senang kerjanya mengajar dan mendidik tak seperti kami ,
sikap pelajar sekarang teruk sebab cikgu tak pandai didik pelajar,
sambutan hari guru mesti dapat hadiah daripada pelajar ,
tengok untungnya cikgu dapat macam-macam

semua orang layak bercakap apa pun tentang cikgu ..pernah tak sekali kita berfikir setiap jawapan bagi  setiap soalan yang kita bercakap...

Kata kami sebagai cikgu

siapa kami
kami memang tak layak menegur kamu pelajar kerana kami tiada pertalian darah dengan kamu buat apa kami menegur kamu tetapi jika kami tidak menegur kamu adakah kamu layak dianggil manusia yang berguna,
memang kami tidak layak memukul kamu tapi pernahkah kamu pikir setiap pukulan itulah  cara kami mendidik kamu menjadi manusia berakhlak,
memang kami dibayar gaji untuk mendidik kamu tetapi kami berpegang amanah yang berat untuk membentuk kamu

memang tanggungjawab kami menarik minat pelajar tetapi jika pelajar tersebut memilih untuk menolak apa yang diajar kami bagaimana kami mahu membantu mereka lagi
Bila kami naik tangan memukul mereka ,ibu bapa datang menyerang kami sedangkan kami ingin mengajar mereka pernahkah ibubapa memikirkan perasaan kami bila kami dipermainkan oeleh anak kamu..
kami hanya meminta duit untuk membuat aktiviti yang bermanfaat kerana sekarang setiap perkara memerlukan duit daripada siapa yang mahu kami minta .

Salah ke cikgu meminta sedikit bonus untuk kepuasan diri kami
setiap hari kami menjerit dan memekik untuk memastikan pelajar mendegar apa yang dikata kami
Bila kami meminta cuti lebih ramai yang mempertikaikan
pernahkah terfikir cikgu juga  dipaksa ,ditekan dan dimarahi bila prestasi pelajar merundum
cikgu juga perlukan ketenangan tapi bagaimana cara mendapat ketenangan jika kami tidak meminta cuti.

mungkin  kerjaya cikgu pilihan terakhir kerana kerjaya cikgu tidak sehebat doktor,jurutera dan menteri
tetapi kami percaya tugas cikgu  ini merupakan salah satu amanah berat yang diberi kepada kami..kerana kami bakal mndidik dan membentuk seorang doktor yang berhati mulia,seorang jurutera yang amanah dan membentuk seorang menteri yang berjiwa rakyat..

KAMI TIDAK PERLU HADIAH MEWAH,SAMBUTAN BESAR-BESARAN SEMPENA HARI GURU
APA YANG KAMI MAHU IALAH HORMATI LAH KAMI ,HARGAILAH KAMI
KERANA KAMI JUGA MANUSIA ..